30 Apr 2012

alahai Mak Tiri

Bergelar isteri kedua bukanlah perkara mudah bagi wanita, dipandang hina masyarakt, dicaci,dihina serta dilemparkan tuduhan tanpa punca ke atas diri mereka? apa salah mereka? apakah hak kita sebagai umat islam untuk menjatuhkan hukum ke atas isteri kedua? mereka juga manusia, mempunyai harga diri, maruah dan perasaan, beginikah layanan kita terhadap mereka? mereka bukanlah perampas, kerana kasih sayang yang Allah kurniakan kepada setiap manusia perlu dikongsi, bukan dijadikan hak milik kekal bagi setiap individu. Lihat sahajalah bukti kasih sayang perlu dikongsi, dalam satu keluarga, setiap anak akan memperolehi kasih sayang daripada ibu bapa mereka, semuanya perlu dikongsi, kerana ianya satu pinjaman untuk manusia. begitulah juga suami, kadang kala sama ada secara paksa atau sukarela, insan yang bergelar isteri pertama perlu berkongsi suami, mungkin bagi mereka perkara yang melecehkan dan perkara yang paling sukar untuk mereka terima, oleh itu, kemarahan mereka pasti akan berganda jika suami mereka berkahwin di sempadan, dan tidak diketahui sehingga bertahun-tahun lamnya. mungkin akan tertekan, ada yang nekad menyerang si isteri kedua dengan penuh kemarahan dan menyalahkan mereka 100%, perkara ni menyebabkan timbul kebencian anata kedau-dua belah isteri dan saling cuba untuk menghancurkan hidup masing-masing. aku bercakap berdasarkan fakta, dulu mak aku pernah dimadukan ok, dan aku berdepan situasi yang sama. satu ketika dahulu. tak perlu aku ceritakan. macam provoksasi si isteri muda dan tua cuba lakukan, yang paling ketara, mereka akan menyemai putik kebencian ke atas anak-anak mereka untuk membenci madu mereka sendiri. si isteri tua akan meyemai bibit kebencian dengan menuduh si isteri muda meyihir si suami untuk memastikan anak mereka membenci mak tiri mereka secara total, begitulah juga sebaliknya bagi si isteri muda.memprovokasikan si anak, dengan macam hal, mungkin banyak diantarnya hanya fitnah. beginilah terjadinya perang dingin antara kedua isteri, kerana apa? kerana tanggapan masyarat bahawa si isteri muda ini perampas kebahagian, disini pandangan masyarakat mempengaruhi cara pemikiran anggota masyarakat itu sendiri. selain daripada keburukan semata-mata, mari kita timbulkan kesenangan kehidupan bermadu. andai kata si isterima pertama redha dengan ketentuan Allah, menjalinkan hubungan yang akrab dengan isteri muda, selalu mengunjungi, bertukar-tukar juadah masakan, bergotong royong bersama-sama, senang , tiada pergolakan dalam rumah tangga, begitu lah juga si suami, jangan sesekali mengabaikan mana-mana isteri, ikuti lah cara berpoligami yang adil mengikut ajaran islam.yakni banyak kebaikan yang dapat

tak ada kena mengena sekadar hiasan
Antara kebaikan berbaik sesama MADU:
+mudah mendapatkan bantuan jika dalam kesesakan.
+terdapat ramai tenaga yang boleh membantu sewaktu ingin berpindah rumah ( tenaga anak sendiri+tenaga anak tiri+tenaga madu+ keluarga madu + tenaga keluarga madu) berbaloi kan.
+bertukar tips masakan, atau sajian,
+boleh membantu ketika berpantang(selepas bersalin)
+boleh menjaga anak-anak tiri lain jika madu lain sakit.
+ anak-anak kita+tiri boleh mendoakan kesajahteraan kita, bila kita dah meninggal!
+ dapat pahala setiap kali berbuat baik.
dan banyak lagi

p/s: saya pernah mengalami situasi ni. jadi ini persepsi aku terhadap sesuatu, sebarang bantahan, sila komen, isnyaAllah akan dilayan

28 Apr 2012

komitmen

aku nak cerita sikit pasal komitmen,yakni  komitmen dalam segala urusan yang kita lakukan dalamkehidupan seharian. komitmen membantu kita ke arah kesempurnaan kan? komitmen memberikan hasil kerja yang sangat berkualiti dan mampu mengelakkan kesilapan yang berterusan. jadi komitmen terhasil apabila kita melaksanakan amanah yang diletakkan di bahu kita denga jujur dan ikhlas kerana Allah S.W.T. bercakap tentang komitmen, aku ada cerita pasal diri aku, baru ja persitiwa hitam ni berlaku semalam, pagi. aku tersilap masukkan tambah nilai kepada seorang hamba Allah ni sebanyak RM30 padahal dia bagi RM3 sahaja, masyaALLAH, aku terkesima, sebab aku baru tau kecuaian aku tu bila majikan saya buat account malam tu, kenapa aku jadi cuai macam tu. beza RM27 maknyanya keseluruhan gaji untuk semalam memang tak ada. aku berulang kali memujujuk diriku yang sedang dalam dilema supaya bertenang.dan aku berdoa kepada Allah s.w.t moga-moga hamba ALLAH tu terbuka hatinya untuk membayar lebihan rm 27 tu, insyaALLAH.


tonsil aku bengkak
   Benda dah nak jadi dan aku tak jangka benda ini akan terjadi. betulkan, benda yang kita tidak jangka, bila dah jadi, rasa lemah semangat, hilang selera makan, tak apa, aku redha ja, dan aku akan meningkatkan komitmen aku terhadap kerja supaya masalah, kecuaian ini tak akan sesekali merempat jiwa aku sehingga aku rasa semangat aku kurang. aku jadikan persitiwa ini penuh bermakna dan akan sama bermakna dengan persitiwa 13 Mei, :D supaya aku akan lebih peka dengan sekeliling! aku kerja dah tak lama mana dah, 13 Mei ni nak sambung asasi (alamak, banyak la persitwa 13 mei bagi aku :) insyAllah, ada satu lagi nak bagi tahu, esok aku akan mengejarkan diri aku ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk buat 'SLEEP TEST' untuk check aku punya pernafasan sewaktu aku tidur kerana aku ada masalah tonsil bengkak, jadi doktor khuatiri tonsil tu akan sekat aku punya pernafasan. Doakan aku, harap tak ada apa-apa yang serius. kalau boleh aku nak buang la tonsil yang bengkak tu, risau juga kalau masa tengah tidur tiba-tiba oksigen tak sampai pulak kan. dan untuk pengetahuan budak-budak sekolah sains sultan mohamad jiwa  antara sebab aku mengeruh malam-malam, yang bunyi macam trelar tu sebab aliran udara masuk dan
 membuatkan tonsil aku tu bergetar, dan menghasilkan bunyi yang pelik-pelik sebab aliran udara aku jadi kecil sebab tonsil bengkak. dan dikesempatan ini aku nak mintak maaf dengan rakan-rakan dorm A7 sebab aku membuat pertunjukan dengkuran waktu malam, aku tanak semua ni, nak buat macam mana kan. aku minta maaf kalau sapa-sapa terjaga disebabkan dengkuran aku,minta maaf ya kawan-kawan.

27 Apr 2012

anakku sayang.

bercakap mengenai anak, satu anugerah  tuhan kepada pasangan suami isteri dan juga menjadi rezeki kurnianNya yang tak ternilai harganya. namun ada pasangan yang tak berhasrat untuk mempunyai anak atas sebab akan hilang segala aset apabila melahirkan anak kelak. terserahlah kepada mereka. namum pada hari ni aku nak menulis mengenai didikan ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Ibu bapa pada zaman GLOBALISASI bimbang apabila:


+anak mereka gagal menguasai ilmu duniawi berbanding ilmu-ilmu ukhrawi
+jika anak mereka gagal menguasai bahasa inggeris berbanding menguasai ilmu agama
+ibu bapa lebih menggalakkan anak-anak mereka menyanyi berbanding melagukan ayat al-Quran
+anak mereka tidak menghabiskan kerja rumah daripad menghabiskan bacaan al-Quran
+Ibu bapa terlebih dahulu memperkenlkan dengan gadget-gadget terkini berbanding memperkenalkan dengan naskhah al-Quran
+anak mereka dihantar ke pondok pengajian islam kerana bimbang masa hadapan anaknya gelap


TETAPI tahukah mereka apabila mereka meninggal kelak, anak-anak mereka tidak boleh:


+menghadiahi mereka dengan ayat-ayat suci akhirat.
+mengimamkan solat jenazah mereka.
+tidak boleh mengajar mereka mengucap syahadah apabila masanya tiba.
+tidak berdoa untuk kesejahteraan mereka DAN lain-lain

KERANA mereka tidak di sumbat dengan ilmu-ilmu ukhrawi
p/s: aku minta maaf jika ada tersinggung mana-mana pihak. aku tulis entri kali ni sebab nak peringat memperingati antar sesama kita kerana kita mungkin bakal menjadi ibu bapa kepada anak kita. bagilah kepada mereka didikan ukhrawi dan duniawi yang seimbang agar mereka mampu menjadi insan yang mampu berbakti kepada ibu bapa mereka kelak :D sama-samalah kita berusaha ya . sekali lagi aku minta maaf, harapan dilontarkan komen yang membina di ruangan bawah. terima kasih

26 Apr 2012

aku..

aku taknak la membicarakan laki tentang matrik dan sebagainya yang memeningkan kepala otak aku. aku pon tau blog aku ni agak membosankan, aku bukan seorang yang kreatif, aku tau pasal tu, tapi apa salahnya kan? kadang-kadang jealous gak baca blog-blog yang penulisanya kreatif tahap lah macam blog ni,blog  wan aidil yang sangat kreatif pengisianya. aku tak mampu menjadi sepertia dia kerana aku adalah aku,  dia adalah dia. aku tak bijak membicarakan isu mahupun membuat lawak spontan. aku bukan jenis tu dan aku tahu aku agak membosankan. aku akan cuba membaiki kelemahan aku dan aku berharap entri-entri yang akan datang mampu membuahkan hasil yang amat positif. :D terima kasih.

sebelum aku melalut dengan lebih jauh, pada entri kali ni aku nak cerita pasal diri aku, Mohammad Aklis Azmi. pastinya entri yang membosanakan apabila berbicara mengenai diri aku. yaa. membosankan. sebab aku takda kisah yang mampu menarik banyak orang untuk membaca. terimalah seadanya ya : ).

AKU AMAT MUDAH TERSENTUH APABILA:
+ orang yang aku pernah label jahat dalam hati mengambil berat pasal aku
+orang menghargai benda yang aku bagi
+bercakap mengenai kelemahan aku
+berpisah dengan rakan-rakan
+dipertikai kebolehan aku
+tuduh tanpa usul periksa
+perempuan memerli aku.(benda paling aku ta boleh terima)
+membanding bandingkan aku dengan orang lain

sekian. tu antara list yang membuatkan aku tersentuh. tapi aku takkan tunjukkan aku tersentuh. selalunya aku balik, mandi. menangis sambil mandi :') teruk kan? apa nak kata. itulah diri aku, insan bernama Mohammad Aklis bin Azmi

Kolej Mara Kuala Nerang

*maaf, selepas ini saya akan membahasakan diri sebagai aku, agak janggal mengunakan saya*
selepas sahaj ayah tau pasal permohonan aku ke matrikulasi berjaya, dia secara automatiknya membantah dan tak membenarkan aku mengikuti pengajian disana. Aku amat keliru, dipaksa ke Kolej Mara Kuala Nerang(KMKN) membuatkan aku terluka lagi. kerana segala percaturan dalam hidup aku ditentukan oleh mak dan ayah aku, aku sedia maklum, ibu bapa hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya, dan aku sedar ibu bapa aku memang mahu aku melakukan pilihan  yang bijak dalam hidup.

+patutkah aku akur dengan kemahuan ibu bapa aku?
sudah tentu kan? aku nak tengok diorang bahagia. seperti entri sebelum ni, aku nak berkorban untuk ibu bapa kau, sepertimana mereka berkorban masa,wang ringgit dan sebagainya dalam membersarkan aku dengan pendidikan yang sempurna dah dengan penuh kasih sayang. biarlah aku mengharungi jerih perih pedih ni kerana ibu bapa aku.

+patutkah aku bantah dengan kemahuan ibu bapa aku?
sudah semestinya mereka sedih kan?adakah mereka akan merestuiku pabila aku mengikuti program matrikulasi?banyak persoalan bermain di minta. harap boleh diselesaikan dengan secapat mungkin. aku taknak kecewakan mereka dan biarpun apa yang berlaku, mereka yang terbaik untuk aku.

25 Apr 2012

marikulasi vs. kolej Mara Kuala Nerang



"sesungguhnya ya Allah, hambamu yang lemah ini dalam dilema. ya Allah, berikan aku petunjuk agar membuat keputusan yang terbaik dalam hidupku, tunjukkanlah jalan yang lurus dalam hidupku, aku insan lemah, pemikiranku terbatas, masa hadapanku tidak ternjangkau oleh diriku, kaulah Maha Pemurah lagi Pengasihani.. Sejujurnya aku amat bersykur kehadarapMu ya Allah, kerana masih lagi memeberikan aku rezeki untuk mendalami ilmuMu ya Allah. Sekali lagi au bersyukur kepadMu ya Allah, kerana masih memberikanku peluang untuk belajar"

sesungguhnya saya sanagat buntu sekarang, setelah keputusan ke matrikulasi bagi sesi 2012 keluar. berbagai persoalan yang bermain di benak minda. yang mana terbaik untuk saya pilih? saya buntu sangat sekarang. mana satu yang boleh jadi pilihan yang bijak untuk saya? saya taknak tersalah pilih jalan sudahla. menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya kan? jadi terasa nak buat istikharah la malam ni. nak pilih yang terbaik untuk diri saya. moga-moga keputusan yang akan saya buat akan menjadi keputusan yang mampu memberika saya satu sinar baru untuk bergelar seorang doktor. doakan saya dan selamat menyambung pelajaran kembali kepada semua pelajar. jom sama-sama kita belajar ilmu Allah s.w.t yang luas terbentang, jangan sia-siakan masa kita! 
tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat


24 Apr 2012

"be yourself" atau "be somebody" ?

membentangkan idea!
"be your self", ok, dalam konteks ini, menjadi diri sendiri, mungkin sestengah orang, mereka manjadikan  ini sebagai alasan untuk berpakaian yang mencolok mata, menonjolkan perangai mereka yang menyakitkan hati dan sebagainya(terlalu banyak). Jika manusia berpegang kepada konsep menjadi diri sendiri, mungkin surau akan menajdi kesunyian setiap kali azan berkumandang, masyarakat mulai menganggur, si isteri lari meninggalkan tanggunggjawab dan banyak kesan buruk. tetapi, saya tak mengatakan bahawa menjadi diri sendiri ni membuahkan hasil yang buruk semata-mata. Kadangkala menjadi diri sendiri (ketika memebentangkan kertas kerja, ujia oral, persembahan dan sebagainya) menjadikan diri kita lebih unik dan mampu mebuahkan hasil yang positif di samping mampu meningkatkan keyakinan diri dalam apa jua yang kita lakukan !Jadi tak semestinya menjadi diri sendiri akan membuahkan hasil yang negatif semata-mata.

"be somebody" tidaklah bermaksud anda perlu menjadi orang lain 100%, dalam konteks kehidupan, bagaimana kita mencontohi tindakan seseorang untuk lebih berjaya dalam kehidupan kita? mungkin kita boleh mencontohi sikap terpuji yang ditonjolkan atau sifat-siaft lain yang ada pada diri yang membuatkan dirinya berjaya. mungkin ada orang cakap anda cuba menjadi seorang yang hipokrit, pada hakikatnya tidak, mungkin anda tidap perlu mencontohi orang lain, sebagaui contoh, anda memerhati perwatakan si A ni sebagai seorang yang serius, dan anda cuba menjadi serius sepertinya, padahal anda seorang yang periang, suka buat lawak, apa perasaan rakan-rakan anda dengan perubahan drastik anda? kalau perubahan anda seperti perwatakan menjadi lebih baik apa salahnya , jadi fikir-fikirlah. contohilah mereka yang baik dan jauhi sikap mereka yang buruk, insyaAllah, moga-moga kita akan menjadi insan yang berjaya. 
whoever you're,be a good one

23 Apr 2012

Luar jangkaan..

kehidupan di luar jangkaan kita, jika kehidupan kita sudah boleh dijangka, alangkah tidak bermaknanya kan? :)dan mendapat sesuatu yang kita tidak pernah jangka amat menggembirakan hati kita, terutamanya apabila kita menganggap pemberian itu salah satu tanda kasih sayang dan tanda pemangkin semangat kepada kita untuk lebih berjaya di masa hadapan. sesunggahnya kita akan rasa dihargai dan merasakan banyak lagi orang yang masih menyanyangi kita walaupun masih mengetahui ramai yang cuba membenci diri ini! saya tak kisah. dan terus ke cerita saya. sabtu lalu, pak cik saya menhadiahkan/memblikan saya sebuah telefon samsung , corbyII, mungkin bagi sesetengah orang, "eleh, murah je la ", tapi bagi saya, biar semurah mana pon hadiah yang diberikan, saya tak kisah kerana bagi saya, asalkan pemberian itu ikhlas dari hati sudah cukup memdai bagi saya. saya amat terharu dengan pmeberian ini dan saya berjanji kepada diri saya untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Moga-moga Allah s.w.t permudahkan urusan saya di dunia dan di akhirat. dan  saya mula menggunakan semula telefon setelah hampri 2 tahun meninggalkanya atas sebab yang di rahsiakan. sekali lagi, saya ingin berterima kasih kepada pakcik dan mak cik kerana sanggup bersususah payah membelikan hadiah ini walaupun keputusan SPM saya tidaklah begitu cemerlang seperti  sepupu saya. sekali lagi terima kasih yabng tak terhingga dan saya akan ingat pesanan yang diberikan. moga ALLAH S.W.T memberkati kehidupan pakcik dan makcik. saya tidak ada apa untuk untuk diberikan melainkan sebuah janji ikhlas untuk belajar bersungguh :').
try to love to what you have, don't try to have to what you love

22 Apr 2012

ihsan terhadap binatang

maksud ihsan :Ihsan dalam hadis Nabi ialah beribadah seolah-olah kamu melihat Allah ataupun merasakan Allah melihat kita. Oleh itu ihsan ini maksudnya kita melakukan amal ibadah serta kerja dengan sehabis baik kerana apabila kita merasakan Allah melihat kita tentulah segala kerja kita akan dilakukan dengan sehabis baik.
lebih kurang macam ni la
seperti yang kita sedia maklum, ihsan boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja sama ada ibu bapa, rakan-rakan atau mana-mana makhluk yang ada di bumi. tapi pada entri hari ni, saya lebih nak fokuskan kepada ihsan terhadap binatang! ya, ihsan yang sangat senang, iaitu ihsan terhadap binatang yang boleh dilakukan dengan mudah terutamanya di "market"(istilah orang kedah untuk tempat pembuangan sampah dimana kucing sangat banyak dibuang). kucing-kucing dekat sini banyak merempat. kadang bila ada makhluk ALLAH bernama manusia lalu, diorang akan menagih simpati untuk diberikan makanan, kadang ada yang sepak kucing-kucing tu macam mainan, tak ada sifat perikemanusiaan langsung. Tambahan pula, kucing ni binatang kesayangan Rasulullah s.a.w, dan kucing akan mendoakan rezeki kepada kita (si pembela yang menjaga kebajikannya). kenapa kita nak sepak-sepak kucing ni, mereka lapar, macam manusia. bila la kita meminta. tapi manusia ni, kalau meminta-minta, mereka 
marah yang amat. tapalah. bagi saya, kalau dah lalu gi pasar basah, beli ikan, kalau dah nampak kucing terbiar, bagi la seekor dua ikan, dapat juga pahala lebih kan? mungkin orang akan komen, "cakap boleh la" saya bukan sekadar cakap ya, saya pernah buat benda ni. apa salahnya berkongsi rezeki dengan makhluk yang lain  kan?? satu lagi pasal buang kucing, mesti pembaca pernah terlihat kan? kalau menurut islam, kalau nak buang kucing, mungkin ada sebab yang boleh diterima, buanglah di tempat yang tak membahayakan kucing (jauh dari jalan raya) dan terdapat makanan disitu, lebih baik jika kita memberikan makanan kepada kucing tu hari-hari, maknya pi letak makan dekat tempat kita bunag kucing tu la :) marilah kita sama-sama menyayangi  binatang. berbuatlah baik kepada mereka dan ingat bahawa ALLAH menyanyangi binatang, begitu jugga Rasulullah s.a.w. :)
contohilah dia, walaupun bukan islam :)


yang ni peringkat zalim

21 Apr 2012

GELORA C ♥ NTA NAFSU


maaf jika ayat-ayat saya tidak puitis, karya pertama saya, di karang di PLKN:)

Cinta,
Panahan busurmu merobek sukma jiwaku,
   kau mengikatku dengan satu noktah cinta,
membiarkanku lena dalam dakapan asmara,
  menyisihkan aku dari alam nyata,
biarpun onak duri menusuk kalbu,
   akanku pastikan kau tak terluka,
kerana kau sungguh bermakna,
   mengubatiku dikala kehausan bahagia.                          





Cinta,
tidakkah kau sedar wahai cinta?,
    kau mekar berbunga di taman jiwa,
kernamu,jiwaku terkesima tanpa berita,
    membiarkanku longlai dalam dakapan cinta,
namun, kau menghilang tanpa berita,
     membiarkan diriku derita sengsara,
bila kau berbubah dusta,
    kezalimanmu kian nyata.





Cinta,
dimana hilang janji protagonismu?,
    bait-baitmu hanya bertiti dibibir saja,
menenggelamku tanpa punca,
     taktala nista menjadi dusta,
selamqnya kusangka kau teguh bersamaku,
     namun ku hampa kecewa,
kerana kau berdusta lara,
    membiarkanku lemah dibadai ombak cinta.....PALSU!      

Cinta,
apakah ku hanya pemuas nafsumu?,
     keranamu ku lemas dalam lembah kehinaan,
hasil pujukan rayu dan tangismu,
     demimu ku rela serahkan mahkota maruahku,
taktala perutku membusung,ku ditinggalkan,
     terdamparku sengsara disebabkan cinta,
hidupku dirasakan tak bermakna,
     hanya raungan sesalan dapat kuzahirkan bersama.



Cinta,
biarpunku merasa kasihmu buat seketika.
    gembira rasa bila memikirkan bahagianya bercinta,
menyingkap kenangan kita bersama,
    biarpun pengakiranya tidak seindah diduga,
kini ku sedar cinta hanya mainan jiwa,
     manisnya seketika,sengsara selamanya,
nyah kau jauh dari hidupku,
     kerna ku sedar cinta sejati hanya pada ilahi.


nukilan: mohammad aklis bin azmi


20 Apr 2012

Cahaya dan Kegelapan!

CAHAYA, Perkataan yang cukup sinonim dengan dalam ISLAM yang menggambarkan keindahan islam itu sendiri yang diibaratkan sebagai cahaya pebyuluh ke jalan yang benar. cahaya itu dikaitkan juga dengan ilmu, CAHAYA ILMU mampu menghapuskan kegelapan perkara yang batil. Namun perlu diingat orang yang melakukan maksiat tidak sewenang-wenangya dimasuki CAHAYA ILMU! Selain ilmu banyak perkara yang dikaitkan dengan CAHAYA ;HIDAYAH, SOLAT, KEADAANORANG YANG BERIMAN , TAKWA dan SEBAGAINYA
























KEGELAPAN,
 anaeh tetapi menarik, cahaya dan kegelapan TIDAK  MUNGKIN wujud pada satu masa dan tempat yang sama. cahaya dan kegelapan bersifat saling berlawanan. Namun lebih ANEH antara CAHAYA dan KEGELAPAN, ada yang memilih KEGELAPAN? adakah kerana tidak nampak CAHAYA? Antara ISLAM dan KUFUR, ada yang memilih

19 Apr 2012

Kehidupan Universiti


*monolog*aku tertanya-tanya, bagaimana corak kehidupan di universit. Bermacam persoalan bermain di benak mindaku, adakah masih sama seperti kehidupan di SBP? atau jauh berbeza dari apa yang aku bayangkan, mampukah aku mengangkis semua anasir jahat yang cuba menguasai mindaku? mampukah aku menghalang diriku daripada kejutan budaya apabila berada ditempat yang jarang sekali aku kunjungi? siapa akan menjaga makan minumku? 

jadi

Harapan dan cita-cita


bakal doktor?
menulis ialah minat saya



dirundung dan dipinta pelbagai cadangan dalam hidup oleh ibu bapa saya membuatkan saya berfikir sejenak. Apakah kita harus menunaikan impian mereka untuk melihat kita menjawat jawatan yang mereka mahukan? haruskah kita mengorbankan cita-cita kita semta-mata untuk mereka? mungkin sewaktu kecil, saya sering di sogokkan untuk menjadi seorang doktor, ditanamkan dalam pemikiran saya bahwa saya mampu menjadi seorang doktor oleh ibu bapa. jika mana-mana guru bertanya, "apakah cia-cita anda?" secara automatiknya yang terkeluar dari mulut say ialah doktor, jika diuji dari segi kemampuan saya, dan minat, sudah lama saya kuburkan impian untuk menjadi seorang doktor. kini, setelah menilai diri saya beberapa minit, saya dapati bahawa menjadi seorang doktor bukanlah apa yang saya inginkan. dan selama ini saya hanya memaksa diri saya menyeksa pemikiran saya untuk belajar mata pelajaran elektif sains yang memeningkan saya. persoalanya disini, apakah saya harus menunaikan impian ibu bapa ? jika ya, saya harus menumpaskan kelemahan saya iaitu kemalasan yang membuatkan saya gagal mendapatkan gred A  dalam Fizik dan Kimia, seterusnya berusaha dengan lebih gigih. minat boleh dipupuk jika kita memahami apa yang kita lakukan. Jika tidak menunaikan impian mereka, apakah saya dikira berdosa? saya tidak mahu mengecewakan mereka dan dalam masa yang sama saya harus   memikirkan tentang cita-cita saya.

18 Apr 2012

antara emas dan suasa?


emas, perhiasan yang dipandang tinngi oleh masyarakat melayu khususnya serta tamadun lain diseluruh dunia yang melambangkan kemewahan seseorang yang memakainya. Ia sangat di sanjung sehingga ada peribahasa dalam masyarakat melayu, " masa itu emas". begitulah emas, sangat berharga dan dihargai oleh setaip individu yang memilikinya. Seruan 'emas' emak dan ayah, tidak lain tifak bukan menjadi satu perintah yang wajib dilaksanakan oleh si anak. pernahkah

Biasiswa dan Keputusan SPM


Seperti biasa, tahun demi tahun,selepas hari pertama keputusan Sijil Pelajaran Malayisa di umumkan, berpusu-pusu pelajar ke enjin Carian GOOGLE untuk mengakses biasiswa untuk pelajar SPM. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya dibanjiri pertanyaan mengenai biasiswa oleh rakan-rakan saya. Maklumlah biasiswa yang diberikan sangat mencukupi serta dapat menampung segala perbelanjaan makan,minum dan penginapan pelajar,  keputusan SPM 2011 telah meningkat. Banyak yang dapat semua A+, persaingan semakin ketat, tambahan yang dapat keputusan yang cemerlang didominasi oleh pelajar kaum Cina. Dasar penajaan JPA pon semakin berkurang, dan hanya akan menaja kepada mereka yang berhak(pelajar yang mendapat 10A+) banyak isu di sini, termasuk MARA yang tidak lagi menyediakan penajaan kepada pelajar lepasan SPM, dan hanya akan memberikan pinjaman boleh ubah kepada mereka yang berkelayakan.. keputusan saya pon tidaklah secemerlang mana, dan rasanya tidak layak untuk memohon mana-mana bantuan kewangan. saya tidaklah terlalu mengharapkan kepada biasiswa kerana banyak persaingan daripada pelajar semua A, saya hanya berserah kepada yang Maha Esa, Dia Maha

3 BULAN LANGKAHAN KEJAYAAN ✈

sajak kedua, berkisar kehidupan di PLKN, maaf sekali lagi jika ayat tidak puitis:)

Ku terdiam luka seketika,
      taktala menerima khabar duka,
meranapkan rancanganku untuk bekerja,
      dirasakan beban bukan kepalang,
berat rasa hati melangkah pergi,
       kerana pulanganya tidaklah seberapa,
meneruskan perjuangan yang sia-sia,
      membantutkan agendaku untuk berfiesta.

Jika tidak kerna undang memaksa,
       sudahku berada di hujung dunia,
jika tidak kerana negara,
        sudah lama hatiku bebas sengsara,
ku akur demi ayah bonda,
        mengharapkanku berubah pabila masa tiba,
impian mereka melihat ku menjadi insan berguna,
        untuk nusa dan bangsa tercinta.


Tiba masa ku jejakkan kaki dibumi satria,
       egoisku mulai menipis,
dari kelas pembinaan karakter ke kelas integrasi,
      transformasinya diriku kerana ilmu ilahi,                     
darpiada pasif menjadi proaktif,
      langkahan kejayaanku bermula di sini,
di tempat yang pernah kukeji,
      bertapak sudah dihati.

Hari-hari disini bermadah seri,
     bukan dibadai cinta atau tsunami,
disebabkan ketinggian jati diri,
    aku tampil ligat dan berani,
dalam berkongsi persepsi peribadi,
      hasil jasa guru yang tak berbelah bagi,
yang tak pernah jemu memberi sokongan dan bakti,
      agarku menjadi insan berilmu berbudi,
menjadi sanjungan dizaman kepimpinanku nanti.


ku temui sinar keinsafan tanpa disedari,
      menjadikanku lebih terbuka hati,
mengamalkan ilmu agama sebagai benteng diri,
      siapa sangka, kemalasanku dicanang mudah
yang menghalangku melaksana amanah ilahi,
      selamat tinggal zaman jahilku,
kanku pastikan kau berhenti disni,
      wahai parasit perosak bangsaku!


nukilan: Mohammad Aklis bin Azmi

PERMATA H♥ TIKU

maaf jika ayat-ayat saya tak sepuitis sasterawan, sebab saya bukan SASTERAWAN!

Ibu,
perutmu kiang membusung,
    dibawaku kemana saja,
atas dasar cinta,
    tercetus kasih kita,
biarpun dihimpit ranjau kepayahan,
    kesihatanmu tidak dibiarkan lemah,
kerana kau sedar,
    aku sebahagian darimu,
menjadi rezeki  kurniaan Ilahi,
 

Ibu,
tiba masa ku jenguh dunia,
     yang penuh pancaroba,
pipi mulusmu dipenuhi mutiara,
     dirundung jerih pedih,
menanti saatku dilahirkan,
     kau berjuang hidup dan mati,
bagimu ku permata berharga,
     gelita duniamu tanpaku,
tak mahu ku lekang,
    dari dakapan kasih mu..ibu


Ibu,
tangan ditadah tinggi syukur,
     hatimu berbunga,
taktala mendengar tangisan manja,
    tandaku selamat tiba di buana,
penat lelah dilupan seketika,
    merangkul tubuh keciku,
penuh makna,
    tanda pengikat cinta,
tak luntur diasah usia,
   untuk meniti hari bahagia bersama.
 

Ibu,
tangisan ku kedengaran,                                                                         
      memecah keheningan malam,
walau rengekku dimalam suram,
     digagahimu lepaskan diri,
dari cengkaman mimpi,
      dengan resah gelisah,
kau membelaiku penuh manja,
      biarpun terpaksa berjaga,
tetap kau tempuhi dengan rasa cinta.


Ibu,
aku bagai kanvas putih,
     tak dicela kekotoran,
ibuku menitiskan air mata lagi,
     bukan di badai bahagia,
tetapi duka kecewa,
     aku dicorak coretan sengsara,
tandaku rosak jiwa,
      apa salahmi,ibu?
diherdik dihina insan berharga,
       apakah in balasamu,                                                                                                    
kerana melahirkanku?


Ibu,
kiniku sedar tanpamu...aku bukan sesiapa,
     deraian air mataku tumpah,
melutut meraung di pusaramu,
    pengorbananmu sungguh mulia,
maafkan daku,
     sesalku tidak bermakna,
kau sudah pergi,
    meninggalkan buana kecewa,                                                                                     


Ibu, 
hijrahku sudah ke alam nyata,
     menyemai bakti suci,
buat pertiwi,
      menebus dosa pada nusa,
yang pernah dianggap suasa,
      tekad ditanam dihati,
demimu ku berubah,
      ku mahu kau tahu,
aku mencintaimu,
    maafkan daku..IBU. 


                                                                         
nukilan,
Mohammad Aklis bin Azmi